Tuesday 6 September 2011

Kafe Rolling Ice ~ Cup Bon

Siape suke minum Pearl atau Magic Ball or Jelly or Ice Blended? Sekali sekala apa salahnya kan.. Dah sebulan berpuasa air ais/sejuk ^__^

 Umi suke air Milk Tea with bubble pearl or Black Pearl.. Kat Kafe Rolling Ice ni pun boleh tahan juga airnya.. macam2 rasa ada.. pilih je... :p


Bukan kafe pun sebenarnya.. lebih kepada kiosk.. Geram pun ada, rasa nak buka satu kiosk, tapi nnti sume pearl & bubble tu Umi habeskan.. hahahha...
 Ok, antara jenis air yg boleh dipilih ialah:-

 My favorite - Milk Tea!!

Ada baaaaayaakk flavor! Sila pilih.. 
Yang bestnye, siap disenaraikan kebaikkan setiap perisa tu.. memudahkan kita semua utk pilih.. :)
 
 

 Best ann.. jangan risau tentang rasanya, mmg kaw!!!


Umi suke straw tu.. wink wink @_@


Ni lah yang Umi order.. Milk Tea flavor Chocolate with Black Pearl.. the very chocolaty taste!!!
Betul, sgt chocolate!! Yummy!!

Sunday 4 September 2011

Tips Bagaimana Mengatasi Anak Meragam Di Rumah Terbuka

Salam Aidilfitri semua.. Dah hampir seminggu kita beraya & merdeka ^__^ Pasni sibuk nak beraya ke rumah sedara mara & sahabat handai pulak.. tu belum jemputan ke rumah terbuka lagi.. siap susun jadual ye tak.. hehehe..

Kali ni Umi nak share tips bagaimana mengatasi anak meragam di rumah terbuka... Kadang2 kita pun hilang mood nak dtg beraya ke rumah org kan.. Ok, boleh cuba:-

  1. Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
  2. Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.
  3. Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
  4. Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
  5. Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
  6. INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
Insyaallah.. bolehlah kita kunjung mengunjungi sambil mengeratkan silaturahin sesama kita.. SELAMAT HARI RAYA!!! tips credit to pakarhowto.com