Wednesday 20 July 2011

Marriage & Life..

Umi sangat sedih bila dengar kawan umi sedang menghadapi masalah rumahtangga. Paling Umi kesali, mereka akan memohon perceraian dlm minggu dpn. Tak pernah terfikir kawan umi ni akan menghadapi situasi begini. Ya, semuanya berlaku sekelip mata.. Tiada siapa pun ingin perkahwinan mereka sampai setengah jalan saja. Apatah lagi yang telah mempunyai anak. Apalah nasib si anak itu nnti..

Peristiwa ini membuatkan Umi terbuka mata dan hati.. Lantas Umi cermin diri sendiri. Suami ada pelbagai alasan jika ingin mencari lain, jika dalam situasi Umi sekarang.. Umi tidak bekerja,hanya duduk di rumah menjaga anak2, lantas Umi jadikan itu sebagai alasan tidak berdandan. Hanya berTshirt & jeans saja apabila di rumah atau pun keluar. Umi juga jarang masak di rumah, apabila hanya kita berdua & anak2 masih kecil, makan diluar dikira lebih untung - pada pendapat Umilah..
Pada Umi, Umi tak pernah ingin membebankan suami dengan permintaan alat solek, pencuci muka mahal2, perfume, aksesori dan lain-lain.. Umi tak kisah pun.. Tapi bila Umi fikir semula, patut ke aku berdandan skit? Patut ke aku pakai pencuci muka yg lebih berkualiti? Appearance wanita lebih cepat tua berbanding lelaki.. Ada lelaki yg telah berumur 30++ tapi masih kelihatan seperti 20++ lagi, tapi perempuan..


Lalu Umi bertekad, akan cuma perbaiki diri ini, akan cuba selalu memasak di rumah, akan selalu mencuba menjadi isteri yang terbaik buat suami. Umi selalu membayangkan diri sebagai Lynette dlm siri TV Desperate Housewives tu, tapi maybe skang kena tukar kepada Gaby kot.. Ok..ok... Extreme sgt tu.. maybe Susan ok lah... Time for a Make Over girls!!!

No comments:

Post a Comment