Sunday, 4 September 2011

Tips Bagaimana Mengatasi Anak Meragam Di Rumah Terbuka

Salam Aidilfitri semua.. Dah hampir seminggu kita beraya & merdeka ^__^ Pasni sibuk nak beraya ke rumah sedara mara & sahabat handai pulak.. tu belum jemputan ke rumah terbuka lagi.. siap susun jadual ye tak.. hehehe..

Kali ni Umi nak share tips bagaimana mengatasi anak meragam di rumah terbuka... Kadang2 kita pun hilang mood nak dtg beraya ke rumah org kan.. Ok, boleh cuba:-

  1. Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
  2. Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.
  3. Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
  4. Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
  5. Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
  6. INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
Insyaallah.. bolehlah kita kunjung mengunjungi sambil mengeratkan silaturahin sesama kita.. SELAMAT HARI RAYA!!! tips credit to pakarhowto.com

Thursday, 18 August 2011

Kurma Upin & Ipin

Salam, sedar tak sedar dah 17hari kita berpuasa.. (insyaallah mlm ni 18hari.)
Umi paling suke makan kurma di bulan puasa.. hari biasa tak teringin pulak :p Semalam Umi ke Aeon Alpha Angle, Umi jumpe kurma ni :--


Kurma Upin & Ipin!!

hahaha.. dah makan sahur tadi.. best jugak, Umi mmg suke kurma yg sebijik2, tak lekit sangat, tak kering sangat.. harganya pun best jugak ~~ RM5.90 saja! biasa rm10-12 kann.. saiz kotaknya pun tak leh kecil sgt dari yg jual biasa tu.. kira ok lah tu.. :)

Haa.. ape lagi cepat dapatkan Kurma ni, bagi kat anak2 yang susah sgt nak makan kurma tu kann.. :)

Monday, 15 August 2011

Isu tagging gambar dalam Facebook buat Muslimah

Entry kali ni Umi nak bercerita tentang Facebook. Mungkin isu ini dah lama dibangkitkan, tapi rasanya kita kenalah sedarkan semula betapa pentingnya isu ini. Bagi Umi, Facebook ni adalah satu wabak yang sangat cepat merebak - dari budak2 sekolah hingga ke golongan profesional. Umi sgt concern tentang FB bila melibatkan tentang GAMBAR yg diupload, samada diupload sendiri atau diupload oleh rakan yg lain & GAMBAR TERSEBUT DITAG. Isu Tagging ni adalah sangat besar bila melibatkan muslimah iaitu masalah AURAT. Sistem tagging iaitu - gambar2 boleh diupload di fb tanpa izin mereka. Umi telah cuba. Umi terlihat  gambar seorang yg Umi kenal di Wall sahabat Umi yg lain (yg tiada kaitan) kerana dia telah ditag. Walaupun dia telah set privacy - kerana Umi tidak boleh comment - tetapi Umi masih boleh melihat. Jadi dimana privacy kita? Itu yg kita tahu, hakikatnya, sesiapa yg tidak mempunyai akaun FB pun boleh tersebar gambarnya di internet apabila ada rakan2 yg rajin mengupload gambar2 dan tidak mengendahkan isu aurat ini. Apalah yg budak2 sekolah ni tahu? Must. Keep. Spreading. The. Words.!

Umi telah terjumpa terjumpa artikel yang ingin Umi kongsikan disini. Semoga sama2 kita dapat manfaat darinya. Sharing with all the muslimat out there!

   " Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya. 
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya. " - by Abu Umair

Monday, 1 August 2011

Marhaban ya Ramadhan

Salam,

Umi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Semoga kita memperolehi rahmat dan keampunan dariNya dan semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya. Banyakkanlah beramal di bulan yg mulia ini..

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Wednesday, 20 July 2011

Marriage & Life..

Umi sangat sedih bila dengar kawan umi sedang menghadapi masalah rumahtangga. Paling Umi kesali, mereka akan memohon perceraian dlm minggu dpn. Tak pernah terfikir kawan umi ni akan menghadapi situasi begini. Ya, semuanya berlaku sekelip mata.. Tiada siapa pun ingin perkahwinan mereka sampai setengah jalan saja. Apatah lagi yang telah mempunyai anak. Apalah nasib si anak itu nnti..

Peristiwa ini membuatkan Umi terbuka mata dan hati.. Lantas Umi cermin diri sendiri. Suami ada pelbagai alasan jika ingin mencari lain, jika dalam situasi Umi sekarang.. Umi tidak bekerja,hanya duduk di rumah menjaga anak2, lantas Umi jadikan itu sebagai alasan tidak berdandan. Hanya berTshirt & jeans saja apabila di rumah atau pun keluar. Umi juga jarang masak di rumah, apabila hanya kita berdua & anak2 masih kecil, makan diluar dikira lebih untung - pada pendapat Umilah..
Pada Umi, Umi tak pernah ingin membebankan suami dengan permintaan alat solek, pencuci muka mahal2, perfume, aksesori dan lain-lain.. Umi tak kisah pun.. Tapi bila Umi fikir semula, patut ke aku berdandan skit? Patut ke aku pakai pencuci muka yg lebih berkualiti? Appearance wanita lebih cepat tua berbanding lelaki.. Ada lelaki yg telah berumur 30++ tapi masih kelihatan seperti 20++ lagi, tapi perempuan..


Lalu Umi bertekad, akan cuma perbaiki diri ini, akan cuba selalu memasak di rumah, akan selalu mencuba menjadi isteri yang terbaik buat suami. Umi selalu membayangkan diri sebagai Lynette dlm siri TV Desperate Housewives tu, tapi maybe skang kena tukar kepada Gaby kot.. Ok..ok... Extreme sgt tu.. maybe Susan ok lah... Time for a Make Over girls!!!

Monday, 11 July 2011

Dining: Tropika Corner

Hai, umi suke sgt makan kat sini, dalam sebulan tu adalah 2-3kali pegi.. :p
Tropika Corner, Melati Utama. Sebelum ini dikenali sebagai Memory Corner.
Kalau ikut MRR2, tepi jalan je, selepas Esso & sebelum Petronas+McDonald tu.
Lot 27, Ground Floor, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, Setapak KL.
 Kalau malam mmg terang signbord dia..
  Ada lunch set, Set Asam Pedas, Set Nasi Tomato & Nasi Minyak, hidang dgn sayur, sambal belacan, telur mata/dadar & buah potong!
 Suasana macam di kampung, dgn perabot kayu ditempah dan pokok buah-buahan.
Kat tmpat casher tu ada pokok durian! @_@
Pandangan dari dlm, aircond corner.
Kalau nak smoking, duduk kat luar ye.. ada tv gak..
 Cartoon strip wall - Sudin's cartoon strips that depict "Kampung" life, Lat.
Sambil makan bleh baca kartun :p
 Dekorasi di wash basin dgn 'cermin tingkap' & patung katak.
 Patutlah anak2 umi suke sgt basuh tgn..
Bilik air pun wooden style.
 Kat sini ada pokok rambutan.. ^__^
 Umi pegi minum petang saja tadi.. Lain kali kalau lunch or dinner umi upload makanan ye.
Kat sini Umi suka makan Sizzling Maryland Chicken Chop atau Nasi Ayam Hainam.. Best sgt!
Kalau nak citer air lagi best, tapi skang umi tgh selsema so tak leh nak order smoothie or blended kat sini, kalau tak mesti umi order Mango Tango atau Very Strawbery atau bla bla bla..

Jom dtg sini!

Harper Seven Beckham


'I am so proud and excited to announce the birth of our daughter Harper Seven Beckham. She weighed a healthy 7lbs 10oz and arrived at 7.55 this morning, here in LA. 'Victoria is doing really well and her brothers are delighted to have a baby sister xx' - David Beckham via his FB.

Yup! That's the beckham newborn baby girl's name. 
~ The Seven in the name is believed to be a reference to David's football number when he played for Manchester United and England, while the Harper could be referring to Harper's Bazaar magazine or perhaps To Kill A Mockingbird author Harper Lee.  source
A close friend of the couple said: 'Harper is an old English name something Victoria has always liked. Seven is a very lucky happy number and the baby was born just after 7am, in the seventh month.'
Wahh.. tak sabar nnti ada babygirl clothline from Victoria.. Yeay!!
Gambar ni Beckham amek secara diam2 & upload kat FB.. so sweet & romantik!! 
She's very lucky ^__^