Monday 20 June 2011

Puasa sunat + ganti di bulan Rejab

Salam semua, utk artikel puasa ni, eloklah kita berbahasa melayu :p

Sekarang ni dah masuk hari ke 19 di bulan Rejab. Bulan Rejab ni adalah bulan yang dinyatakan dalam Hadis sebagai “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” Banyak kelebihan dalam bulan Rejab dimana, kadangkala kita tak tau senang saja untuk menikmati pahalanya.
Sebenarnya sebelum ini, Umi banyak kali merancang untuk berpuasa di bulan Rejab. Tapi badan masih tak kuat dan selalu saja termiss, adakalanya tak alert bulan dalam Islam :( Tapi selepas membaca post dari blogger feverat Umi, Naya, Umi terpanggil untuk mengejar kelebihan berpuasa di bulan Rejab ini. Walaupun nak jadi Phat Umi, puasa tetap kena ganti. Barulah betul2 fabulous!

Umi kena ganti 20hari (2tahun sblm) + 7hari (tahun lepas) = total kena ganti 27hari @_@ Haa..banyak tau.. tapi jangan ingat Umi saja2 tinggal puasa tau. Nak tahu kenapa tak kuat? Tahun pertama sebab mengandungkan anak pertama. selepas itu sebab menyusukan anak pertama, kemudian sebab mengandungkan anak kedua. Dan tahun lepas, sebab tak boleh puasa :p Inilah kelebihan seorang wanita. Mengandung, melahirkan & menyusu. Tapi semasa mengandung & menyusu, Umi hanya berbuka apabila betul2 tak larat saja, bukanlah sebulan tak puasa terus.. Islam itu adil dan indah dan tidak pernah memaksa terhadap penganutnya..

Jadi tahun ini, Umi dapat berpuasa semula dengan aman. Anak yg kecil sudah 2tahun 4bulan - tapi masih menyusu badan walaupun tak kerap. Inilah masanya Umi membayar semula puasa2 yang terpaksa ditinggalkan dulu. Bukan tak boleh ganti dengan cara membayar fidyah, tapi menurut Ustazah yang Umi tanya, lebih afdal kita menggantikan puasa saja, melainkan betul2 uzur atau tidak mampu untuk menggantikannya.

  "Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.
Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:
Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.
Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.
Wallahu A’lam." - Sumber : Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

Jadi, marilah mengganti puasa!

1 comment:

  1. yup, afdal nya biarlah digantikan puasa tu sebelum terfikir about fidyah kan... alhamdulillah, puasa sya dah settle tahun ni ;)

    ReplyDelete